SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 H & MENGHADAPI SEMESTA BARU!!!!
..sebenir air wuduk,
sesuci al-quran,
semerdu alunan zikir,
seindah solat 5 waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
jika wjh x sempat di tatap,
salam ma'al hijrah...
Isnin, 29 Disember 2008
salam ukhuwwah
Selasa, 4 November 2008
Salam Imtihan Untuk Semua
Moga coretan saya ini mampu menjadi pembakar semangat untuk anda di musim peperiksaan ini. Saya doakan yang terbaik untuk semua. Apapun "SEGALANYA BERMULA DARI DIRI KITA" =)
Bit taufiq wannajah!
************************************
Hari ini masa saya ‘terbang’ lagi…
mmm…tinggal dua hari sahaja saya akan pulang ke bumi UKM, tetapi saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk peperiksaan.
Bukan kehendak saya. Kesihatan saya amat tidak mengizinkan saya untuk duduk setia menelaah kitab-kitab yang saya bawa dari UKM. Tapi belajar, tetap belajar. Saya paksa juga diri saya menelaah Nota dan buku Kajian Perbandingan Kitab Hadith, walau kadangkala terhenti-henti. Apabila saya tidak tahan, saya baring sebentar di atas katil, kemudian saya sambung lagi duduk diatas karpet bilik saya yang berselerak dengan kertas dan buku-buku. Tidak tahan dengan keadaan yang asyik baring dan duduk itu, akhirnya saya membuat keputusan mengalihkan semua bahan-bahan bacaan saya diatas katil queen size saya. Jadinya saya belajar sambil berbaring, tetapi akhirnya saya terlelap hingga jam 5.30 petang tadi!.Ya Allah…saya gagal lagi hari ini. Inilah dugaan saya. Semester ini saya agak slow sedikit dalam mengulangkaji pelajaran saya. Berat sungguh saya rasakan beban ini .
Sambung Belajar
Dalam saya cuba mengalihkan mata saya sekali lagi kepada nota-nota bacaan saya, terlintas dalam pemikiran saya kenapa saya sanggup belajar lagi. BELAJAR. Belajar dilihat sebagai satu perkara yang positif, menjana keilmuan diri manusia dan memperlihatkan betap tingginya keazaman seseorang untuk menghadapinya. Namun, ia juga dilihat sebagai satu perkara berat dan sukar untuk dipikul oleh seseorang. Macam saya pernah katakan pada post yang lalu bahawa peperiksaan cukup menyusahkan hidup saya. Maknanya belajar sebenarnya boleh menyusahkan hidup seseorang. Atas sebab itu, apabila saya mengambil keputusan untuk menyambung lagi pengajian saya setelah agak setahun lebih saya meninggalkannya, ramai yang terkejut. Lebih-lebih lagi pada waktu itu saya sudah berstatus isteri. Perjuangan saya agak cukup mencabar. Saya perlu meninggalkan suami saya yang baru setahun melayari bahtera rumahtangga bersama dan Saya perlu tinggalkan juga mak dan abah saya, yang sebenarnya banyak bergantung harap pada saya. Pahit dan perit. Itulah yang saya rasakan. Tetapi jika saya ikutkan keperitan dan kepahitan itu sampai bila-bila pun saya tidak akan dapat mempertingkatkan diri saya.
Keputusan Peperiksaan Yang Pertama
Saya juga selalu berfikir kenapalah saya perlu menyusahkan diri saya, sedangkan saya sudah boleh hidup dengan senang disisi suami saya, mentelah lagi saya sudah mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin keselesaan hidup saya dan keluarga. Bukankah lebih baik jika saya meneruskan kehidupan saya seperti 2 tahun yang lalu?tak perlulah saya berpenat-penat memerah otak dan stress dengan assignment dan exam.
Saya masih ingat lagi saat-saat awal saya menjadi pelajar universiti.Pada mulanya saya agak terkejut bila kembali ke dunia belajar. Saya amat tertekan.
Walaupun pada waktu itu, saya berusaha sedaya upaya saya untuk melakukan yang terbaik, saya tidak pernah mengharap untuk menjadi yang terbaik kerana saya faham bahawa saya mempunyai ramai saingan yang hebat-hebat. Mana mungkin saya mampu bersaing dengan mereka-mereka yang baru sahaja tamat STPM, STAM dan diploma. Ilmu mereka masih panas lagi. Sedangkan saya? Saya sudah terlalu lama meninggalkan ilmu-ilmu saya. Banyak perkara yang saya perlu ‘aktif’kan kembali. Tetapi, keputusan peperiksaan saya pada semester pertama tahun satu agak memeranjatkan saya. Malah bukan saya sahaja tetapi suami saya. Apabila saya mengkhabarkan padanya melalui telefon bahawa saya mendapat 8A 1B, apa yang terpantul di bibirnya adalah
“bedeklah! (bohong, lah!)”
ehheeh…apabila saya mengarahkan dia sendiri yang memeriksa keputusan peperiksaan saya melalui laman web UKM, barulah suami saya percaya.
Sokongan Dan Dorongan
Daripada situ, saya berjaya membuktikan kepada suami saya bahawa saya memang benar-benar ‘boleh belajar lagi’ dan daripada keputusan peperiksaan yang pertama itulah telah menjadikan suami saya menjadi pendorong utama dan pertama sewaktu saya akan menghadapi peperiksaan. Kadang-kadang saya rasa ,saya seperti anak-anak sekolah menengah yang sering diingatkan bahawa saya perlu belajar sebab exam sudah tidak lama lagi!.Setiap kali pulang daripada kerja, suami saya akan bertanya “tadi study tak?”.hehe..itulah suami saya.
Dorongan dan sokongan itu penting sebenarnya. Namun, sebanyak mana kita didorong dan disokong, tetapi kita tidak mahu menjadikan dorongan dan sokongan itu sebagai kunci untuk melangkah lebih jauh pun tidak ada gunanya. Segalanya terpulang pada diri kita. Kalau kita hendak….kita pasti lakukan yang terbaik.kalau kita tak nak…buat macam manapun..tentu tidak akan menjadi.
Tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita…melainkan kita sendiri. Kalau boleh kita ingin sekali ada orang yang boleh membantu kita untuk menduduki peperiksaan ,tetapi itu adalah mustahil. Kita jugalah, yang perlu menduduki peperiksaan itu, bukan orang lain. Dengan itu, kita jugalah yang akan membentuk masa hadapan kita bukan orang lain. Orang lain hanya boleh menjadi pendorong dan penyokong kita tetapi untuk merealisasikannya adalah diri kita sendiri.
DIRI KITA adalah pendorong utama kita untuk mencapai kejayaan. Jangan hanya bergantung pada sesuatu yang ‘sederhana’ sahaja atau 'ala kadar' sahaja kerana kita orang melayu jangan melayukan diri kita. Kita perlu tanamkan dalam diri, bahawa kita adalah MELAYU MUSLIM, dan seharusnya melayu muslim perlu lebih cemerlang dari yang lain. Saya teringat kata-kata ketua pustakawan kepada seorang rakan saya yang menerima anugerah pencinta ilmu, katanya:
“Kalau di FPI (Fakukti Pengajian Islam) ada orang cina, saya rasa orang cina jugalah yang akan menerima anugerah ini”
Saya tersenyum lalu melihat senarai nama penerima anugerah. Memang benar, hanya 4 orang sahaja pelajar melayu yang mendapat anugerah tersebut, yang selebihnya adalah pelajar cina.Saya tersenyum lagi lalu berkata pada diri, “saya melayu tetapi tidak melayu kerana saya melayu muslim yang ingin sentiasa menjadikan agama saya sebagai panduan hidup saya”
Ketahuilah seorang muslim itu, perlu menjadi umat nabi Muhammad s.a.w yang berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Tetapi kadangkala sering berlaku, mereka yang hanya mementingkan salah satu diantaranya. Sedangkan keduanya itu berjalan serentak.
Kita ingin berjaya?
Segalanya bermula dengan diri kita..bukan orang lain.
(Penulisan ini telah dimuatkan di dalam blog umairah-sh bertarikh 24 Oktober 2007)
Isnin, 3 November 2008
Tafsir - Pelbagai jenis dan syaratnya
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
TAFSIR al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Mengikut masa l Tafsir zaman sahabat. Terdapat sahabat yang mentafsir al-Quran seperti Abu Bakar, Umar, Aisyah dan terutamanya Abdullah Ibn Abbas. Ini kerana berkat doa Rasulullah s.a.w. kepadanya ketika dilahirkan, di samping kesungguhan dan kesabarannya dalam menimba ilmu sehingga dikenali sebagai Turjuman al-Quran, juga dikenali dengan Habr al-Ummah. Katanya Demi Allah, kalau kamu tanyakan makna-makna ayat dalam al-Quran apa maksudnya, di mana diturunkan dan segala maksudnya nescaya aku akan menjawab untukmu.
* Tafsir zaman tabiin seperti Said bin Jubair yang banyak meriwayatkan daripada Ibn Abbas, Ibn Masud, Ibn Umar, Abu Hurairah dan lain-lain. Dikatakan Abu Ubaidah Ma'mar bin al-Muthanna, perintis pertama dalam pembukuan tafsir yang dinamakan al-Majaz Fi al-Quran al-Karim pada tahun 188H.
* Tafsir zaman selepas Tabi' at-Tabiin atau golongan kemudian. Seperti Ibn Jarir (310H) dengan tafsirnya Jami' al-Bayan Fi Tafsir al-Quran, al-Zamakhsyari dengan tafsirnya al-Kasyfu `an Haqaiq al-Tanzil Wa `Uyun al-Aqawil Fi Wujuh al-Ta'wil dan lain-lain.
2. Cara tafsiran
* Tafsir al-Quran dengan al-Quran.
* Tafsir al-Quran dengan hadis, terutamanya yang sahih dan mutawatir.
* Tafsir al-Quran dengan pendapat sahabat.
* Tafsir al-Quran dengan bahasa dan sastera.
3. Sumber tafsiran
* Tafsir dengan ma'thur dikenali juga tafsir riwayat.
* Tafsir dengan ra'yi (akal).
Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya Fath al-Qadir (1 / 12) membahagikan dua cara ahli tafsir :
* Terikat dengan riwayat.
* Mengembangkan tafsir kepada aspek bahasa dan ilmu-ilmu alat yang lain.
Ulama sepakat menerima tafsir dengan ma'thur dan beramal. Ibn Kathir berkata dalam mukadimah tafsirnya (1 / 3) - Jika kami tidak mendapati tafsir dalam al-Quran dan juga sunah, kami akan kembali kepada pendapat sahabat kerana mereka lebih mengetahui dengan penyaksian dan hal ehwal mereka ketika turunnya ayat.
Ijtihad
Antara kitab-kitab tafsir mathur : Jami' al-Bayan - Ibn Jarir at-Tabari, Al-Kashfu Wa al-Bayan - ath-Tha'alabi, Ma'alim at-Tanzil - Abu Muhammad al-Husain bin Masud al-Baghawi, Ad-Durru al-Manthur - Jalaludin as-Suyuti, Tafsir al-Quran al-'Azim - Abu al-Fida' Ismail Ibn Kathir.
Adapun tafsir ar-Ra'yi yang dibina atas asas akal dan ijtihad para ulama berkhilaf hukum keharusannya. Ada yang menyokongnya dan ada yang mencegahnya. Imam al-Ghazali dan ar-Raghib al-Asfahani menganggap khilaf ini bersifat lafzi bukan hakiki, justeru tidaklah menjadi masalah beramal dengan tafsir ra'yi tetapi disyaratkan dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ulama. (Lihat Tafsir Bi ar-Ra'yi, Dr. Hamad al-Zaghlul hal 107-115).
Walaupun begitu kalau ditafsirkan al-Quran semata-mata dengan akal, hukumnya haram seperti nas hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas - sabda Rasulullah s.a.w. : Sesiapa yang berkata tentang al-Quran tanpa ilmu, nescaya disediakan tempatnya daripada neraka. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Antara tafsir ar-Ra'yi ialah: Madarik at-Tanzil oleh Imam Abdullah bin Ahmad an-Nasafi, Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil oleh Al-Baidhawi, Lubab at-Ta'wil oleh Al-Khazin, Ruh al-Ma'ani oleh Al-Alusi, Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib oleh Al-Fakhr al-Razi.
4. Ada juga ulama membahagikan tafsir mengikut subjek, seperti berikut :
* Tafsir Tahlili.
* Tafsir Al-Mathur.
*Tafsir Alr-Ra'yi.
* Tafsir As-Sufi.
Ibn as-Salah dalam `fatawanya' menyatakan ``Aku dapati daripada Imam Abi al-Hasan al-Wahidi ahli tafsir berkata : Telah mengarang Abu Abdul Rahman as-Sulami - Haqaiq at-Tafsir dan jika dia beriktikad begitu maka hukumnya kafir. Justeru an-Nasafi berkata dalam akaidnya, ``Segala nas-nas mengikut zahirnya dan berpaling daripadanya kepada mana-mana yang didakwa oleh ahli batin termasuk dalam ilhad.
At-Taftazani menyatakan, dinamakan Malahidah (golongan mulhid) dengan batiniah kerana dakwaan mereka bahawa segala nas-nas bukan mengikut zahirnya, tetapi mempunyai makna-makna batiniah yang tidak diketahuinya kecuali guru, matlamat mereka menafikan syariah semuanya. Al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma'ani berkata : Adapun ucapan ahli tasawuf tentang al-Quran, ia termasuk dalam isyarat kepada kehalusan-kehalusan yang terdedah kepada golongan ini, dan mungkin dilaksanakan antaranya dan zahir yang dikehendaki, inilah kesempurnaan iman dan sebenar-benar makrifat. Mereka beriktikad bahawa yang zahir bukan kehendak tetapi batin sahaja, sebenarnya termasuk iktikad batiniah yang mulhid membawa kepada menafikan syariah semuanya, jauh sekali daripada tuan guru tasawuf kita terbabit seperti ini. Sedangkan kenyataan mereka : Tidak dapat tidak mesti daripada zahir per-tamanya, sesiapa yang sangka sampai kepada faham rahsia
al-Quran sebelum hukum-hukum tafsir samalah seperti yang mendakwa sampai ke dalam rumah sebelum masuk pintu lagi.
Menafikan
Secara umumnya tafsir sufi dibolehkan dengan syarat-syarat :
* Jangan menafikan bagi zahir al-Quran.
* Mempunyai dalil syarak yang menyokongnya.
* Tidak bertentangan dengan syarak dan akal.
* Jangan mendakwa bahawa yang dikehendaki itu sahaja tanpa yang zahir tetapi mesti mengiktiraf yang zahir seperti dinaskan oleh al-Alusi.
Antara tafsir tasawuf ialah: Tafsir al-Quran al-Azim oleh al-Imam at-Tusturi (383H), Haqaiq at-Tafsir oleh al-Allamah as-Sulami (412H), `Arais al-Bayan Fi Haqaiq al-Quran oleh as-Shirazi (606H), Tafsir Al-Fiqhi, Tafsir Al-Falsafi, Tafsir Al-Ilmi (sains).
Era teknologi terkini dengan ciptaan-ciptaan moden serta penemuan-penemuan hukum sains baru, adalah dibolehkan al-Quran dimasukkan dalam bidang ilmu ini bagi menyatakan bahasa sains dan al-Quran tidak bertentangan tetapi seiring.
Mengenai hukum mentafsir al-Quran dengan sains atau sebaliknya, ulama telah khilaf antara yang menyokong dan menentangnya. Antara yang menentang ialah Imam al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut dengan berhujah, ia boleh membawa kepada pemikiran yang tidak dikehendaki oleh al-Quran. Ini kerana Allah tidak menurunkannya bermatlamatkan teori-teori ilmu sains dan perkara-perkara seni. Kerana teori boleh berubah sedangkan al-Quran bersifat thabit dan tetap. Justeru selayaknya ditinggalkan al-Quran sebagai kitab suci dengan keagungannya. Lihat Mukadimah Tafsir Syaltut halaman 11-14.
Pendapat
Sependapat dengan Syeikh Syaltut ialah Syeikh Amin al-Khauli yang menaqalkan pendapat Imam as-Shatibi, inilah juga pendapat Imam Akbar Muhammad Mustafa al-Maraghi, Syeikh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud, Syeikh Abdullah Masud, Syeikh Abu Bakar Zikri dan termasuk juga pengarang Zilal al-Quran as-Shahid Syed Qutb.
Antara yang menyokongnya pula Imam al-Ghazali melalui kitab tafsirnya - Jawahir al-Quran yang dikarang selepas Ihya', kerana berhujah segala ilmu daripada Allah, mengikuti pendapat ini Ibn Abi al-Fadl al-Mursi yang dinyatakan oleh as-Suyuti dalam Itqan 4 / 27-31.
Pandangan yang rajih
Dengan mengamati hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, al-Qardhawi menyeru pa-
ra ulama kepada beberapa perkara :
* Keperluan mengkaji keutamaan ilmu-ilmu ini apabila mencakupi kefahamannya, sudah tentu lebih mudah untuk berkhidmat menjelaskan makna-makna al-Quran.
* Kesedaran golongan pakar dalam ilmu yang tidak disedari oleh golongan lain.
* Mensyaratkan penggunaan sains dalam tafsir seperti kepakaran, tidak menyusahkan, meraikan bahasa al-Quran, menjauhkan daripada tuduhan semua umat jahil dan beberapa syarat lagi.(Lihat Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 379-385).
Mengenai perbezaan mukjizat sains dalam al-Quran dengan tafsir sains, mengikut al-Qardhawi, pada kedua-duanya terdapat perbezaan, iaitu mukjizat sains dalam al-Quran lebih sempit berbanding tafsir sains atau ilmu ini. Justeru itu Rabitah al-'Alami al-Islami menubuhkan satu badan dinamakan Badan Ilmiah Alam Bagi Mukjizat al-Quran. Antara yang terlibat secara langsung seperti Syeikh Abdul Majid az-Zandani, Profesor Dr. Zaghlul an-Najjar dan lain-lain.
Selain tafsir-tafsir yang disebut tadi ada juga Tafsir Al-Adabi, Tafsir Ijmali, Tafsir Muqaran (perbandingan) dan Tafsir Maudhu'i.
Pendirian
Tafsir Maudhu`i ini seperti mengambil satu-satu tajuk untuk dikaji seperti kejadian langit, manusia atau lain-lain. Dr. Muhammad al-Bahi dalam kitabnya Nahwa al-Quran halaman 89 menjelaskan seperti berikut - seperti menjadikan al-Quran dalam perlembagaan masyarakat atau pendirian al-Quran terhadap madiah atau menyelesaikan kehendak surah.
Mengikut Ibn Jarir at-Tabari, dengan sanadnya kepada Ibn Abbas, tafsir terdapat empat bahagian :
* Difahami oleh orang arab.
* Tafsir yang tidak diuzur seorang pun dengan kejahilannya.
* Tafsir yang hanya diketahui ulama.
* Tafsir yang tidak diketahui kecuali Allah. Lihat Mukadimah Tafsir at-Tabari 1 / 75.
* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Khamis, 23 Oktober 2008
Umat Islam dibelenggu pelbagai fitnah
Ustaz Zainudin Hashim
Thu | Oct 23, 08 | 11:49:31 am MYT
Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).
Iklan
Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud : �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.
Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.
Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu �ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.
Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1- Fitnah melalui kepimpinan negara. 2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan. 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian. 4- Fitnah melalui ungkapan. 5- Fitnah melalui penulisan. 6- Fitnah melalui iklan produk. 7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan. 8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid. 9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. 10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah�..oh fitnah�..dan banyak lagi.
1- Fitnah melalui kepimpinan negara.
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.
Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.
2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).
Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.
3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.
Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.
Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
4- Fitnah melalui ungkapan.
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.
5- Fitnah melalui penulisan.
Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.
6- Fitnah melalui iklan produk.
Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.
7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.
8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.
9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.
10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu �ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.
Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.
Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT. _
Jumaat, 10 Oktober 2008
:: 7 TANDA ANDA AKAN GAGAL DI UNIVERSITI ::
OLEH : Amin Idris
Apakah kayu ukur sebenar kejayaan seorang graduan universiti? Adakah dengan hanya memperoleh segulung ijazah? Mentaliti majoriti ialah CGPA atau pointer 3.5 ke atas. Soalnya, adakah mereka yang 3.5 ke bawah benar-benar GAGAL? Dan adakah mereka yang 3.5 ke atas benar-benar BERJAYA?
Tahap pelajar di universiti bukanlah seperti di sekolah iaitu segala urusan kita diatur dan disusun. Bila hari Ahad (Kelantan, Terangganu dll) atau Isnin, semua pelajar di kehendaki beratur untuk perhimpunan mingguan. Kerja pelajar ialah ke sekolah dan belajar.
Kemudian ‘memuntahkannya’ semula dalam peperiksaan. Mereka yang paling banyak ‘A’, maka merekalah yang berjaya.
Universiti? Apa bezanya belajar di universiti jika kenyataan di atas sama dengan apa yang berlaku di universiti. Jadi, saya cukup tertarik dengan satu entri dari seorang sahabat yang seorang trainer yang sedang meningkat naik; Tuan Osman Affan. Di bawah saya paparkan entri beliau bertajuk
‘7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti’
Kali ini mesej tulisan saya mungkin agak berbeza. Saya sebenarnya tidak berapa suka bercerita tentang perkara dalam bentuk negatif kerana ia akan mempengaruhi cara saya berfikir nanti. Namun, kali ini cara bercerita begini adalah perlu memandangkan beberapa situasi yang saya kerap lihat di universiti.
Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?
Telah beberapa hari saya duduk seorang diri mengkaji semula semua pengalaman dan situasi yang saya temui ketika berhadapan dengan pelajar di universiti. Setelah saya senaraikan semua masalah yang pernah saya temui, saya senaraikan 7 tanda-tanda seseorang pelajar mungkin GAGAL di universiti.
GAGAL bukan hanya bermaksud gagal mendapat segulung ijazah. Jika anda ada tanda-tanda ini, anda mungkin masih boleh hadiri hari graduasi tetapi anda
* Gagal menjadi orang berilmu.
* Gagal menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.
* Gagal menjadi seorang yang berkarisma dan boleh dihormati.
* Gagal menyerlah.
* Gagal memenuhi potensi sebenar diri sendiri.
* Gagal mencapai cita-cita sebenar.
* Gagal mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang pernah diimpikan.
* Gagal mengejar kekayaan.
* Gagal dalam memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
* Gagal menjadi contoh yang baik kepada orang-orang disekeliling.
Senarai kegagalan itu tidak akan habis agaknya jika difikirkan berterusan.
Jika anda sakit dan pergi berjumpa doktor, tentu doktor akan cuba mencari tanda-tanda atau simptom penyakit yang anda ada. Jika anda ada beberapa tanda sekaligus untuk penyakit demam denggi contohnya, sudah hampir pasti anda sedang mengidap penyakit tersebut.
Sama seperti tanda-tanda yang bakal saya kongsikan ini. Jika anda ada lebih daripada 2 atau 3 anda, lebih anda lakukan sesuatu. Jika tidak, tentu orang lain akan dapat meneka apakah kesudahan anda di universiti iaitu……. GAGAL!
Sumber: www.motivasibelajar.com
Ahad, 5 Oktober 2008
Isnin, 15 September 2008
Jika Ibu Tua Itu Ibu Anda
PERTEMUAN PERTAMA
“Doakan makcik,ye ustazah. Doakan,ye?”, tangan saya digenggamnya erat. Wajah sayunya merenung saya dengan penuh harapan. Saya menghadiahkannya dengan senyuman dan menganggukkan kepala saya.
Kemudian dia berlalu pergi ke saf pertama dewan solat wanita lalu mengangkat takbir untuk bersolat sunat. Saya sebenarnya masih kehairanan. Mengapa begitu sekali?. Mmmm…mungkin kami baru sahaja selesai bertadarus bersama dan mungkin ada perkara yang telah menerjah ke fikirannya.
PERTEMUAN KELIMA
Bacaan al-Qurannya merangkak-rangkak. Kadangkala dia sendiri tidak begitu pasti dengan bacaannya walaupun sebenarnya apa yang dibacanya adalah betul. Tetapi saya selalu mengatakan:
“Tak pe,cik. Teruskan…..”
Apa yang saya kagumi adalah semangatnya untuk terus bersama-sama dengan yang lain mengalunkan ayat-ayat al-Quran walaupun dia mengetahui bacaanya tidak berapa lancar. Ditolak tepi perasaan malu dan diletakkan di hadapannya keinginan untuk terus mengaji al-Quran dan merebut pahala. Subhanallah!
Semasa saya sedang sibuk mengagihkan bubur Ramadhan di dewan solat wanita selepas solat asar. Dia datang menghampiri saya. Saya seperti biasa menghadiahkannya dengan senyuman saya.
“Nak bubur,cik? Cik nak berapa?”, tanya saya kepadanya.
“Eh,cik tak nak bubur. Cik nak salam ustazah. Cik nak balik ni. Nanti amik bubur tak de orang nak makan kat rumah”, jelasnya. Salaman tangannya masih kuat menggenggam erat jari-jemari saya, lalu dia berkata:
“Ustazah, betul tadi ustazah cakap. Kita kena bersyukur Allah beri kelapangan pada kita datang masjid, mengaji al-Quran. Ni cik dah tua-tua macam ni, baru ada kesempatan. Alhamdulillah”, selepas tadarus saya ada memberikan sedikit tazkirah berdasarkan beberapa ayat al-Quran yang kami baca sebelum itu.
Saya senyum dan mengangguk-anggukkan kepala saya.
“ Saya nak ada anak soleh yang boleh mendoakan saya. Tapi sorang pun anak-anak saya tak ada yang menjadi. Anak cik sorang baru balik azhar (universiti al-Azhar,Mesir) tapi balik dia tak minat nak mengajar. Dia masuk bidang lain, kerja kat bank pulak. Dia jelah yang cik harap, tapi jadi macam ni pulak. Cik Kecewa sangat”, luahnya tanpa saya minta.
“Cik, jangan cakap kecewa,cik. Doalah lah banyak-banyak”, saya cuba menenangkan perasaan seorang tua yang terlalu kecewa.
“Cik bukan apa. Cik sedih. Dia lah sorang yang cik harapkan. Cik nak anak cik jadi ustazah, mengajar. Jadi macam ustazah ni. Boleh doakan cik. Ni balik-balik cik jugak yang membebel kat dia. Sedih hati,cik”
“Insya Allah, cik. Tentu anak cik doakan untuk cik juga. Mungkin cik tak tahu.”, saya menyedapkan hatinya.
“Doakanlah untuk anak cik, ustazah. Doakan dia dapat suami baik yang ingat akhirat. Dia susah lah, pakai pun nak fesyen-fesyen. Cik sayang, ilmu dia belajar kat azhar tak ke mana. Sayang ilmu dia, belajar jauh-jauh tapi tak sebarkan kat orang. Doakan untuk cik, ye?” genggaman salamnya yang masih kemas semakin kuat saya rasakan.
“Insya Allah, cik. Cik doalah banyak-banyak. Doa seorang ibu itu makbul,cik.”, pesan saya padanya.
KECEWA
“Cik Kecewa sangat”
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Wajahnya yang sayu juga masih lagi terbayang di mata saya. Genggaman tanganya pula masih hangat saya rasakan hingga kini. Dapat saya rasakan harapannya walaupun sudah meniti usia senja masih lagi belum tercapai. Harapan untuk melihat salah seorang anaknya menjadi anak soleh atau anak solehah. Harapannya menghantar anak belajar jauh ke universiti al-Azhar ,Mesir agar pulangnya menjadi seorang pendakwah juga tidak tercapai……
Sehingga jauh di sudut hati tuanya merasa kecewa kerana tidak ada seorang pun anak-anaknya yang dirasakannya mendoakannya ketika dia masih menghirup udara milik Allah apatahlagi selepas dia menutup mata untuk selama-lamanya kelak. Aduh…sedihnya hati makcik itu. Dan saya selalu melihat dia berdoa lama di dewan solat. Tentu doanya tidak lain adalah untuk anak-anaknya jua….
BILA ANAK BELAJAR PENGAJIAN ISLAM
Berapa ramai ibu bapa yang begitu bangga apabila anak-anak mereka masuk ke kolej atau universiti demi mempelajari pengajian Islam. Lebih-lebih lagi apabila mereka belajar jauh hingga ke timur tengah. Kebanyakan ibu bapa sanggup berlapar dan sanggup membanting tulang empat kerat untuk membiayai pembelajaran dan memberi perbelanjaan seharian anak-anak mereka ketika belajar. Mereka bangga dan mereka berbesar hati kerana anak mereka adalah bakal ustaz dan ustazah.Betapa Sejuknya hati mereka…betapa besarnya harapan mereka.
Tetapi apabila anak-anak mereka sudah tamat pengajian dan pulang ke tanah air kemudian anak-anak mereka tidak menjadi seperti apa yang diharapkan, tentu sahaja ada segudang kecewa di hati mereka. Apatah lagi bila anak itu mengatakan “tak minatlah nak mengajar ni semua…” Tentu sahaja KECEWA, seperti hati ibu tua tadi. Saya percaya apa yang diluahkan oleh ibu tua itu mewakili banyak hati ibu bapa yang lain.
PERSOALAN SAYA….
Sejauhmanakah kita sebagai anak-anak berpengajian Islam peka tentang hal itu? Sejauhmanakah kita sebagai anak-anak yang mendalami ilmu-ilmu Islam sedar akan tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu?
Ya, saya setuju, tak kan semua orang belajar agama nak jadi ustaz dan ustazah,kan? Apa orang belajar agama ni tak layak ke nak kerja lain? Nanti orang kata kita anak-anak pengajian Islam ni jumud….tak ada potensi untuk perkara lain pula,kan?
Saya tidak menafikan itu. Golongan pengajian Islam juga berhak memilih bidang tugas masing-masing (asalkan ianya bukanlah pekerjaan yang haram). Cuma pernahkah kita terfikir kenapa ada hati ibu bapa yang kecewa? Mengapa masih ada lagi hati ibu bapa yang dirundung malang sedangkan anaknya yang berpengajian Islam (walaupun tidak menceburi bidang pendidikan Islam) sudah mempunyai jawatan yang mantap dan membanggakan?
Tentu sahaja ada sebabnya.
Saya berpandangan bahawa ibu bapa tidak akan kecewa jika anak-anak mereka yang berpengajian Islam memiliki peribadi muslim yang mampu untuk dibanggakan. Mereka tidak akan merasa bahawa mereka tidak mempunyai anak yang soleh atau solehah seandainya anak-anak mereka itu menjaga agama bagai nyawa mereka sendiri. Pada waktu itu, bidang apa pun yang ingin diceburi oleh mereka yang berpengajian Islam tidak akan menjadi masalah bagi ibu bapa. Ini kerana mereka tahu walau anak mereka tidak bergelar ustaz atau ustazah tapi anak mereka tetap ‘berperanan sebagai ustaz dan ustazah’. Iaitu anak mereka sentiasa melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sentiasa memelihara akhlaknya terhadap keluarga (terutamanya terhadap ibu bapanya) dan masyarakat. Dan yang paling penting juga apabila anak mereka sentiasa berpegang teguh pada syariat. Jika sudah begitu keadaanya, saya kira kerisauan dan kekecewaan ibu bapa itu dapat diubati.
DOKTOR JIWA
Saya pernah bertanya pada ustaz saya, ketika saya sedikit tertekan apabila dihujani dengan soalan demi soalan dari para jemaah masjid selepas kuliah Muslimah:
“Jadi ustaz atau ustazah memang kerjanya jawab soalan ke ustaz?”
Ustaz saya menjawab:
“Ye…kerana ustaz dan ustazah adalah doktor jiwa”
Doktor jiwa?
Mungkin atas sebab itu ramai yang tidak mahu menjadi ustaz atau ustazah kerana peranan ‘doktor jiwa’ yang perlu dilaksanakan. Mungkin malas nak melayan soalan-soalan lantaran diri sendiri juga masih mempunyai masalah jiwa. Segalanya mungkin…
Atau mereka tidak yakin dengan ilmu yang mereka pelajari bertahun-tahun. Lalu timbul persoalan di benak saya, untuk apa kita belajar,ya?
Setakat untuk disimpan dalam dirikah?
Setakat untuk menggengggam segulung kertas bernama ijazah?
Setakat untuk mempermudahkan kita mendapat pekerjaan dan sekaligus menaikkan tangga gaji kita?
Ya…saya tidak menafikan semua itu perlu dalam kehidupan dunia pada hari ini.
Namun perlu untuk saya menyatakan pada anda yang sedang dan telah tamat belajar pengajian Islam bahawa Ilmu itu amanah. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan pengalaman di negera orang dan duduk bersama ulamak dan agamawan yang hebat-hebat. Tetapi belajar pengajian Islam memerlukan kesungguhan yang sebenar untuk merubah diri dan membantu masyarakat Islam yang semakin lama semakin amat menyedihkan jiwa dan perasaan apabila ditinjau dan dilihat dengan mata kepala sendiri. Maka di sinilah peranan ‘doktor jiwa’ yang dapat saya lihat. Membantu mereka yang musykil, menenangkan mereka yang resah dan memandu mereka yang bersimpang-siur jalannya ke jalan yang lurus. Ya tugas itu berat ….tapi jika kita sentiasa mengharapkan redha Allah dan bantuan-Nya semuanya akan dipermudahkan.
JIKA DIA IBU ANDA?
Untuk anda yang masih belajar dan telah bergelar graduan pengajian Islam tidak kira di mana pun anda berada dan sedang membaca penulisan ini, ketahuilah besar harapan saya agar anda tidak mengecewakan harapan mereka yang menyokong anda atau dengan kata lain USAH KECEWAKAN HARAPAN IBU BAPA ANDA.
Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Pulanglah dengan niat untuk menyebarkan ilmu yang telah anda pelajari dengan penuh amanah.
Jadikanlah ia sebuah medan perjuangan untuk memartabatkan al-Quran dan al-Sunnah. Medan untuk anda merasa sakitnya dakwah dan manisnya ibadah.
Dan jangan lupa tidaklah dinamakan sesuatu itu perjuangan, andai kamu melaluinya dengan mudah.
Tidaklah jua dinamakannya perjuangan, andai kamu menginginkan yang senang-senang dan yang hebat-hebat begitu juga pujian dari orang ramai.
Tinggi mana pun kamu berada kelak, jangan lupa pada tanah yang dipijak
Usah mendabik dada dan hanya memandang ke langit
Sedarlah…
Apa yang ada padamu adalah milik Allah
Apa yang ada padamu adalah amanah
Ilmu itu amanah yang pastinya akan dipersoalkan kelak.
Sungguh…
Airmata saya mengalir…mengalir deras sekali
Jiwa saya terlalu sebak
Apabila saya membayangkan jika apa yang diluahkan oleh makcik itu adalah LUAHAN IBU SAYA SENDIRI….
Tidak sanggup saya, Ya Allah….
Saya tidak sanggup apabila ibu saya mencari orang lain dan meminta agar mendoakan untuknya kerana merasakan bahawa saya bukanlah anak solehah yang mampu untuk mendoakannya dunia dan akhirat…
Saya tidak sanggup!
Dan Anda pula bagaimana wahai diri yang sedang belajar dan telah bergelar graduan pengajian Islam?
Tanyakan-tanyakan pada diri anda, apakah perasaan anda jika ibu tua itu adalah ibu anda…
Wallahua’lam
Bicara Kasih Sakinah Saptu (www.umairah-sh.blogspot.com)
Rabu, 10 September 2008
BiL@ SeP@S@Ng M@T@ MeNjAdi hAdiAh......
Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seibu soalan Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT,
Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat.
Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.
Selasa, 9 September 2008
-Menyingkap Rahasia "Ramadhan"
RAMADHAN adalah sebuah bulan yang sangat erat dengan telinga setiap muslim, bahkan semenjak kecil ki ta telah dikenalkan dengan Ramadhan, kita semua mengetahui bahwa Ramadhan adalah bulan puasa, namun sangat jarang diantara kita yang mengerti apa arti Ramadhan dan makna yangterkandung dari kata "Ramadhan"itu sendiri.
Ramadhan secara leksikal berarti : membakar, amat panas. Penyebutan bulan Ramadhan -bulan ke-9 pada kalender Hijriah- sesuai dengan kondisi cuaca pada bulan tersebut."
Kita patut bangga menyaksikan semangat beribadah yang timbul saat bulan Ramadhan tiba, namun dalam kebanggaan tersebut kita lebih patut lagi bersedih karena fenomena yang ada adalah seakan-akan masyarakat kita menyembah Ramadhan dan bukan menyembah Tuhannya Ramadhan, kalau memang kita menyembah Tuhannya Ramadhan maka tidak sepatutnyalah kita bermalas-malasan beribadah di luar bulan Ramadhan tersebut.javascript:void(0)
bih4kyvbh2.jpg
Ramadhan adalah sebuah kata yang terbentuk dari lima huruf, dan setiap hurufnya memiliki makna tertentu yaitu : Ra : rahmat (rahmat Allah), Mim : maghfirah (ampunan Allah), Dhod : Dhommanun li al jannah (jaminan untuk menggapai surga), Alif : Amaanun min an nar (terhindar dari neraka) Nun : Nurullahi al Azizi al Hakim al Ghofuuri ar Rahiim (cahaya dari Allah swt yang maha kuasa dan bijaksana, maha pengampun dan pengasih.)
Saat kita telaah makna yang terkandung dalam kata ramadhan tersebut kita akan semakin meyakini bahwa datangnya bulan Ramadhan adalah membawa sebuah keberkahan dari Allah SWT untuk kita sebagai hamba-Nya. Hal ini sesuai sabda Nabi Muhammad SAW dalam haditsnya, Artinya : dari Abi Hurairoh RA, bahwasanya nabi Muhammad SAW berkata saat Ramadhan telah tiba: telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, pada bulan tersebut engkau diwajibkan berpuasa dan dibukalah pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan syaithan-syaithan di belenggu, dalam bulan tersebut ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barang siapa yang tidak mampu mendapatkan kebaikan bulan ramadhan tersebut maka haramlah baginya surga. Riwayat Ahmad, an Nasa'i, dan Baihaqi.
Dari hadits di atas terdapat kaitan yang sangat erat dengan bulan Ramadhan itu sendiri, rahmat dan magfirah adalah dua sisi yang sangat erat bagaikan dua sisi pada uang logam yang tak terpisahkan, disaat Allah SWT menurunkan rahmat-Nya maka maghfirah-Nyapun turun mengiringi, demikian juga sebaliknya. Ketika rahmat Allah SWT yang diiringi oleh maghfirah-Nya ini telah mengalir maka jaminan mendapatkan surga dan terhindar dari neraka telah menanti.
Namun hal ini semua hanya bisa didapat ketika kita bisa mendapatkan Nur Illahi yang maha Agung dan Bijaksana, maha Pengampun dan Pengasih. Jadi rangkaian huruf dari kata Ramadhan ini adalah sebuah pemaparan yang sangat jelas dalam proses perjalanan mendapatkan kebahagiaan.
Seolah Ramadhan membisikkan makna "Rahmat dan Magfirah Allah swt yang pasti berbuah jaminan untuk masuk surga dan terhindar dari api neraka hanya bisa diraih dengan cara mengikuti cahaya bimbingan dari Allah SWT. Allah SWT berfirman : Barang siapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah SWT tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Alquran : an Nur 40.
wtwlrv0cgk.jpg
Dan cahaya tersebut adalah Alquran yang Cahaya (Allah SWT) turunkan kepada Cahaya (Muhammad saw) di bulan Ramadhan yang penuh cahaya ini.
"Allah SWT berfirman dalam Alquran : artinya "Wahai orangorang yang beriman telah datang kepada kalian petunjuk dan kami turunkan kepada kalian cahaya (Alquran) yang memberikan penjelasan. Alquran : an Nisa 174"
Kaitan ini sangatlah jelas di paparkan oleh Rasulullah SAW. dalam sebuah haditsnya, Beliau bersabda : artinya " Alquran dan puasa memberikan syafaat kepada hamba yang berpuasa pada hari kiamat, puasa berkata, wahai Tuhan, aku telah mencegahnya dari makan dan syahwat maka jadikanlah aku syafaat baginya, dan Alquran berkata, wahai Tuhan aku mengakibatkanya tidak tidur waktu malam maka jadikanlah aku syafaat baginya maka keduanya menjadi syafaat.
Riwayat Ahmad, Tibrani, Hakim berkata Shohih dalam kategori imam Muslim.
Mari kita isi Ramadhan ini dengan mencintai Alquran yang merupakan mukjizat terbesar sepanjang zaman, di kagumi para ilmuwan, disambut gembira para cendikiawan,, orientalis murni tunduk penuh kekaguman, diterima setiap lapisan dan membacanya tak akan bosan, membaca, mempelajari, menelaah, dan mengaflikasikannya adalah sebuah amal kebajikan.
Dengan kecintaan ini kita harapkan bisa meraih nilai plus dari bulan Ramadhan ini yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya, artinya "barang siapa berpuasa Ramadhan disertai keimanan dan dan "ihtisaban (karena Allah dan hanya mengharap pahala dari-Nya) maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. al hadits riwayat Bukhori, Muslim, Tirmizie dan Nasa'i.
Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairoh, Beliau bersabda, artinya : barang siapa "qiyam" melaksanakan Ibadah, sholat dll) dalam bulan Ramadhan disertai keimanan dan "ihtisaban (karena Allah SWT dan hanya mengharap pahala dari-Nya maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Al Hadits diriwayat Bukhori dan Muslim.
Shiyam dan Qiyam menghantarkan kita menggapai nilai plus tersebut hingga kita bisa keluar dari bulan yang penuh berkah ini dengan predikat diampuni.
Ramadhan yang penuh berkah ini bukanlah sebuah pemberian gratis dari Allah SWT, justru sebaliknya adalah sebuah hutang yang kita pinjam dengan jaminan yang sangat mahal, yaitu berkurangnya umur sebanyak satu tahun.
00il051ene4.jpg
Isnin, 8 September 2008
Jumaat, 5 September 2008
Syair : Imam al-Syafi'e
Imam Syafie bersyair dalam "Diwan Imam Syafie"-(koleksi syair beliau yang masyhur): "Bersabarlah atas apa sahaja yang keluar dari mulut guru, Sesungguhnya gagalnya ilmu dengan mengabaikan mereka, Barangsiapa yang tidak merasai pahitnya menuntut ilmu walau sesaat, Maka Telanlah hinanya kebodohan sepanjang hayatnya... Dan Barangsiapa yang luput waktu mudanya dari menuntut ilmu, Takbirlah 4 kali (solat jenazah) ke atasnya tanda kematiannya. .."
Sabtu, 30 Ogos 2008
Jam 7 Malam di 1 Ramadhan...
Salam Ramadhan kepada semua. Moga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh ibadah dan lebih baik dari sebelumnya. Apabila Ramadhan tiba, saya teringatkan peristiwa Ramadhan tahun lalu. Peristiwa yang membuatkan saya menangis sendirian penuh kehibaan di dalam bilik Kolej Ungku Omar....lalu saya bangkit dan duduk di hadapan komputer menaip luahan rasa...Moga apa yang saya luahkan dapat menjadi renungan yang bukan sekadar untuk direnung semata....
Sakinah Saptu
**********************************
Kumulakan dengan seindah kalam
بسم الله الرحمن الرحيم
Entah mengapa aku ingin bersendirian pada malam ini. Ajakan seorang adik untuk berterawih secara berjamaah pada malam pertama Ramadhan ini kutolak lembut. Aku berkata dalam hati, aku ingin bersendirian. Setelah selesai solat isyak dan terawihku, setelah selesai tugasan tutorial untuk dibentang esok, akhirnya, jari jemari ini bertemankan hati yang tidak seperti hari-hari biasa, mengajak aku untuk meluahkan bicara yang tersimpan kemas di dalam jiwa.
Aku ingin berbicara….
Walaupun hati dan fikiran ini terlalu runsing dengan memikirkan nota dan buku-buku yang perlu diulangkaji, hati ini tetap berdegil untuk berbicara. Kerana apa yang ada di dalam hati ini adalah suaraku. Apa yang ada pada suaraku selalunya adalah harapanku…harapan yang bukan harapan biasa, tetapi ia tetap harapan yang bagiku cukup istimewa. Mengapa aku katakan ia sebagai harapan? kerana harapan seringkali mempunyai dua kemungkinan. Samada ia boleh menjadi kenyataan ataupun ia boleh menjadi harapan tinggal harapan…
Hatiku menangis…jam 7 malam.
Mengingatkan aku pada fenomena aku masih lagi anak-anak ingusan, anak-anak yang tidak kenal erti apa itu ibadah dan kewajipan, anak-anak yang masih lagi inginkan hiburan sebagai teman. Pada zaman itu, jam 7 malam selalunya tanyangan Doraemon di RTM 1 (Tidak silap aku pada setiap hari sabtu). Rancangan kartun popular kegemaran kanak-kanak…siapa yang tidak kenal pada Doraemon. Walaupun aku turut menonton kartun tersebut,emak selalu mengingatkan : “Maghrib..maghrib!” Abah pula selalu ingatkan: “dah nak maghrib” Aku tidak mnegerti waktu itu, yang aku tahu mak dan abah ingatkan, jangan lupa solat maghrib kerana menonton cerita kartun yang tidak ada faedah itu. Tetapi, semakin aku membesar sebagai anak gadis yang berpendidikan madrasah, aku semakin mengerti. Rupanya arahan itu, adalah arahan agar aku ihtiram pada waktu maghrib, bersedia dengan wudu’ di sejadah, mengaji al-Quran dan bersedia untuk menghadap Tuhan. Itu bukan satu yang ada nasnya, tetapi itu adalah didikan mak dan abah agar kami adik-beradik tahu menghormati waktu maghrib. (Mengapa maghrib itu amat dititik beratkan oleh emak dan abah, aku tidak pasti. Mungkin bagi mereka itu adalah waktu peralihan dari petang ke malam, waktu yang semua perlu duduk dalam rumah bersama keluarga.Atau macam orang tua-tua kata: waktu setan suka berkeliaran)
Tapi …7 malam di sini, membuat hatiku benar-benar terguris…membuat hatiku dihujani gerimis…suara tawa berdekah-dekah kedengaran…suara jeritan bergurau senda menghilangkan keheningan….suara televisyen dari DRAMA terasa seperti berada dihujung telingaku walau aku berada di tingkat dua bangunan!!! Apa yang membuatkan aku lebih…lebih…ingin menangis..malam ini adalah malam 1 Ramadhan bulan penuh keberkatan dan keampunan. Beginikah caranya anak-anak Islam menghormati maghrib…beginikah caranya anak-anak Islam menghayati Ramadhan?
Suasana..jam 7 malam itulah yang mengingatkan aku pada rumah, pada zaman kanak-kanak, pada zaman di sekolah menengah dan pada zaman tarbiyah di Maahad Tahfiz Melaka. Paling berkesan di jiwa ku ialah pentarbiyahan di maahad Tahfiz. Hinggakan ada seorang adik berkata padaku: “Kalau ingat apa-apa, mesti ingat maahad. Tak de tempat lain ke? Sekolah menengah ke?”
Aku ulangi sekali lagi..maahad paling berkesan! Di situ, hati dilentur untuk menjadi manusia yang menangis kerana Tuhan, hati lembut untuk berlumba-lumba melaksanakan kebaikan, ada ta’lim dan tazkirah..ada solat berjamaah. Di situlah, bila hampir masuk maghrib, ramai yang mandi di bilik air, ramai yang bergegas untuk bersiap-siap solat maghrib. Bila maghrib tiba…ada laungan dari akhawat yang sudah bersiap-siap dengan telekong memanggil kami.. “solat jamaah..solat jamaah”, “mana imamah ni?” jika sekiranya aku yang menjadi imam “eh..banat cepatlah…imamah dah tunggu ni!” Kelihatan…ada yang bergegas ke surau..ada yang jerit…”tunggu…nak amik wudhu’” ada pula yang senyum-senyum masih membuat pertimbangan nak jemaah atau tidak.
Aku rindu suasana itu. Rindu pada malam Qiyamullail kami. Rindu untuk mendengar tangisan dan esakan yang menangis kerana berdo’a kepada Allah. Rindu pada do’a-doa akhawat yang mampu memecahkan tembok keegoan kami hingga mengalirkan air mata yang amat deras bagai tiada henti…rindu pada rintihan doa-doa yang mampu menggegarkan jiwa! Doa-doa yang mampu menginsafkan diri betapa kami adalah manusia kerdil yang seringkali tidak mengenang budi! Rindu…
Akhirnya aku mengalirkan air mata jua. Saat aku menaip ini airmataku mengalir…harapanku untuk mengubat rindu ini, entah bila…
Sukar untuk kudapatkan bi’ah itu di sini. Aku tidak mahu memandang yang jauh-jauh…jika sikap sebahagian pelajar pengajian Islam sendiri sudah mampu membuatkan aku bergusar hati dan menangis hiba…apatah lagi yang bukan pelajar pengajian Islam…
Sering aku berkata dalam diri, jika yang berpengajian Islam sendiri tidak mahu mengubah diri yang masih lemah dalam pembacan al-Quran secara bertajwid, bagaimana nak sebarkan Islam…
Atas tujuan apa kita melabelkan diri kita sebagai pelajar PENGAJIAN ISLAM?
Mungkin ramai yang menjawab "sebab saya tidak ada pilihan…".
Jika begitulah…sampai bila-bila pun anak-anak Islam masih hanyut dengan hiburan
Sampai bila-bila pun, anak-anak Islam akan meremehkan agama dan suruhan Tuhan
Kerana kita salah satu di antaranya..
Kerana kita yang mengetahui hukum..turut sama memegang bendera cinta pada mungkar…jauh pada ma’ruf…
Kita tidak suka pada amalan-amalan sunat, kita jauhkan hati untuk mendengar tazkirah dan menempatkan diri dalam majlis ilmu, kita malas nak rebut pahala…
Kita lebih suka yang relax-relax, yang happy-happy….
Benarlah…kita berada di akhir zaman….zaman penuh fitnah….zaman penuh kemungkaran…
Ya Allah..kuatkanlah aku...
(Luahan rasa di 1 Ramadhan 1428H)
Tinta Kasih umairah-sh at Thursday, September 13, 2007
|
Label: Kampus UKM
Jumaat, 22 Ogos 2008
Rabu, 20 Ogos 2008
ganjaran bagi perempuan yang berpakaian telanjang
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Khamis, 14 Ogos 2008
ISLAM DICABAR : DIMANAKAH MAHASISWA ISLAM???
Assalamualaikum w.b.r.t , alhamdulillah di kesempatan ini marilah kita sama-sama merafatkan kesyukuran kehadrat Ilahi diatas pengurniaan nikmatnya yang besar iaitu nikmat iman dan Islam, puji-pujian kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat, para tabien serta seluruh umat Islam. InsyaAllah melalui ruangan ini saya ingin mengupas mengenai kedudukan Islam di negara kita ini yang mana dari hari ke hari semakin di cabar oleh musuh-musuh Islam. Dewasa kini, kedudukan Islam semakin tergugat dan tercemar. Pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan kepada Islam seperti pengganas, perosak masyarakat, menyekat kebebasan masyarakat dan pelbagai lagi yang lebih teruk daripada itu.
Dalam konteks negara kita juga tidak terkecuali menerima tempias daripada keadaan tersebut. Pelbagai aktiviti dan kes-kes yang berlaku di Negara kita yang cuba mengugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara kita. Terbaru, cubaan Majlis Peguam yang cuba mengadakan Forum Memeluk Islam. Walaupun forum ini berjaya diadakan tetapi atas desakan pelbagai sehingga menimbulkan kekecohan, akhirnya forum ini terpaksa dihentikan 3 jam lebih awal daripada jadual. Apa yang saya ingin sentuh disini apakah peranan kita sebagai mahasiswa Islam yang diwar-warkan sebagai pelapis kepada pimpinan Negara di masa depan dalam menghadapi suasana ini. Apa yang menjadi persoalan apakah peranan mahasiswa Islam dalam mendepani masalah ini. Adakah sudah memadai sekadar kita hadir semasa bantahan terhadap forum tersebut untuk menunjukkan sensitiviti terhadap isu ini. Lebih teruk ada sesetengah mahasiswa Islam yang tidak tahu langsung atau tidak ingin tahu mengenai isu ini. Sehingga ada yang mendakwa mahasiswa sekarang adalah “mahasiswa lesu”. Dimanakah peranan kita??? Apakah persediaan kita??? Kita jangan hanya hebat dalam berkata-kata sedangkan pelaksanaan kita masih gagal. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian masyarakat sedang memerhati kita, apakah mahasiswa Islam sensitif terhadap isu ini. Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk merendahkan kedudukan mahasiswa Islam tetapi sekadar peringatan dan pendorong semangat agar lebih komited dalam mempertahankan kedudukan Islam di Negara kita khususnya dan seluruh dunia amnya. Wassalam ……. MAHASISWA ISLAM UKM
Khamis, 7 Ogos 2008
KITAB MUNTAKHAB AL-KALAM FI TAFSIR AL-AHLAM
Oleh Sakinah Saptu
PENGENALAN
Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Abu Bakar Muhammad Ibn Sirin mengandungi 59 bab yang membincangkan mengenai ta’bir mimpi sama ada mimpi itu adalah mimpi yang buruk ataupun mimpi yang baik. Ia disusun bab demi bab dimulai dengan bab seorang hamba melihat dirinya di tangan Allah s.w.t di dalam tidurnya dan di akhiri dengan bab menyebut kisah-kisah mimpi sebahagian orang-orang saleh r.a.
Kitab ini dimulai dengan mukaddimah kitab kemudian diikuti dengan khutbah kitab. Perkara-perkara yang dibahaskan di dalam mukaddimah kitab ialah:
1- Ta’bir mimpi yang pelbagai
2- Kaedah umum dalam menta’bir mimpi
2.1 Adab ta’bir mimpi
2.2 Waktu dalam menta’bir mimpi
2.3 Mimpi yang boleh dipercayai
2.4 Beberapa prinsip penta’bir dalam menta’bir mimpi
2.5 Mentafsir mimpi berdasarkan watak, waktu dan kebiasaan
3- Kedudukan roh dan jiwa dalam mimpi
4- Mentafsir mimpi dengan Nama, makna dan peribahasa yang sering dipakai
5- Mimpi yang paling benar
6- Perkara yang perlu dilakukan ketika bermimpi sesuatu yang tidak disukai (mimpi buruk)
Manakala di dalam khutbah kitab pula ia membincangkan mengenai perkara-perkara berikut:
1- Hakikat mimpi dalam ilmu syariat
2- Hal-hal yang diperlukan oleh orang yang bermimpi untuk membuktikan kebenaran mimpinya
3- Dua jenis mimpi yang hak dan yang batil
4- Adab penta’bir mimpi
Abd al-Rahman al-Juzu menyatakan di dalam kitab tahqiqnya bahawa manuskrip kitab ini terdapat di Dar-al-Kutub, Mesir dan Iskandariah. Kitab ini juga telah di cetak di Bulaq pada tahun 1284H dan pada tahun yang sama juga ia telah dijadikan sebagai هامش (catatan ditepi kitab) untuk kitab Ta’thir al-Anam oleh al-Nablusi yang mana telah diulang cetak beberapa kali di Lucknow pada tahun 1874M dan di Bombay pada tahun 1296H. Kitab ini juga telah diulang cetak dengan versi yang baru (disusun semula untuk memudahkan pembacaan) dan diterbitkan oleh beberapa penerbit di Beirut, Damsyik dan Kahirah(1). Malah kitab ini juga telah ditahqiq dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan kemungkinan juga di dalam bahasa-bahasa yang lain.
MENGAPA IA DIKATAKAN KITAB YANG DINISBAHKAN KEPADA IBN SIRIN
Perlu diketahui bahawa Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Ibn Sirin adalah nisbah yang salah, malah dengan mengatakan ia sebagai kitab karangan Ibn Sirin juga merupakan satu kenyataan yang silap. Ia sebenarnya adalah karangan Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik al-Wa’iz al-Kharkusyi. Nama kitabnya pula ialah al-Basyarah Wa al-Nadharah. Kesalahan menisbahkan kitab ini kepada Ibn Sirin ataupun mengakui ia adalah hasil karya Ibn Sirin telah diikuti dari zaman ke zaman hinggalah pada hari ini.
Abd Al-Rahman al-Juzu telah menyenaraikan dengan jelas bukti yang menunjukkan bahawa ia bukanlah kitab karangan Ibn Sirin dan ia hanya sebuah kitab yang dinisbahkan kepada beliau itupun dengan nisbah yang salah. Menurut Abd al-Rahman dengan meneliti kitab itu sendiri dapat dilihat tanda-tanda yang jelas bahawa sebahagian atau beberapa bahagian daripada kitab tersebut bukanlah daripada Ibn Sirin. Ini kerana di dalam kitab itu menyebut nama-nama mereka yang lahir, hidup dan juga meninggal dunia selepas Ibn Sirin meninggal dunia dengan jarak masa yang begitu jauh, ataupun di dalam kitab tersebut ada menyatakan kisah-kisah yang berlaku pada zaman selepas Ibn Sirin(2). Di antara contohnya ialah:
1- Di dalam khutbah kitab tersebut sering menyebut nama Abu Sa’id al-Wa’iz, contoh:
قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه) أما بعد فإنه لما كانت الرؤيا الصحيحة في الأصل المنبئة عن حقائق الأعمال منبهة على عواقب الأمور
Kata-kata ini yang sering disebut di awal kebanyakan perenggan menunjukkan dengan jelas bahawa kitab ini adalah dari hasil himpunan atau penulisan Abu Sa’id al-Wa’iz.
2- Terdapat di dalam khutbah kitab nama-nama berikut:
الأصمعي عن ابن المقدام
اسحاق بن ابراهيم الموصلي
جعفر بن جعفر بن محمد الفريابي
Al-Asma’iy lahir pada tahun 122H, Ishaq al-Musli lahir pada tahun 155H, Ja’far bin Muhammad al-Faryabi pada tahun 257H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H. Bagaimana pula Ibn Sirin boleh meletakkan nama mereka di dalam penulisannya sedangkan ketiga orang tersebut belum lagi lahir sewaktu Ibn Sirin masih hidup?
3- Kitab ini meriwayatkan daripada al-Kirmani, al-Salimi dan al-Qairawani. Mereka adalah ulama’ selepas Ibn Sirin. Ishaq al-Kirmani contohnya merupakan ulama’ pada kurun ke empat hijrah manakala al-Salimi adalah di kalangan ulama’ kurun ke lapan hijrah.
4- Di dalam kitab ini juga memuatkan mimpi yang dilihat oleh mereka yang hidup selepas Ibn Sirin, antaranya:
1- Di dalam bab 2:
Daripada Abu al-Wafa’ al-Farisi al-Harawi telah berkata: “Aku telah melihat al-Mustafa s.a.w di dalam tidur di Farghanah pada tahun 360H”.
Teks ini menyatakan bahawa Abu al-Wafa’ telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya pada tahun 360H, sedangkan pada tahun tersebut Ibn Sirin sudah meninggal dunia. Dengan itu, bagaimana kitab ta’bir ini boleh dikatakan salah satu daripada karya Ibn Sirin?.
2- Di dalam bab 23:
“Dan amir al-Mukminin Harun al-Rasyid telah bermimpi…”
Di dalam kitab ini juga menyebut nama Harun al-Rasyid yang lahir pada tahun 149H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H.
3- Dalam bab 31:
“Dan diceritakan bahawa Al-Syafi’i r.a bermimpi di dalam penjara seolah-olah dia di salib…”
Di kitab ini juga menyebut nama Imam al-Syafi’i sedangkan beliau lahir pada tahun 150H.
4- Di dalam bab 43:
Abu Ubaidah telah berkata: “Aku bermimpi pelita masjid terpadam, maka Mus’ir bin Kidam telah meninggal dunia…”
Di dalam kitab ini juga menyebut nama Abu Ubaidah yang lahir pada tahun 110H sedangkan pada tahun yang sama Ibn Sirin meninggal dunia dan ia juga menyebut nama Mus’ir bin Kidam yang meninggal dunia pada tahun 152H.
Daripada kenyataan dan contoh-contoh yang dikemukakan oleh Abd al-Rahman al-Juzu, dapat diakui bahawa penisbahan kitab ini kepada Ibn Sirin adalah satu nisbah yang salah kerana kebanyakan daripada isi kandungannya bukanlah daripada Ibn Sirin, apatahlagi setelah dikaji semula kita dapati kitab ini dihasilkan pada jarak masa yang jauh selepas Ibn Sirin, iaitu ia dihasilkan atau dikumpulkan oleh Abu Sa’id al-Wa’iz yang meninggal dunia pada tahun 407H.
Mengenali Pengarang Sebenar Kitab Tafsir Mimpi Ibn Sirin
Beliau ialah Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik bin Abu Uthman Muhammad bin Ibrahim, al-Naisaburiyy al-Wa’iz. Beliau merupakan seorang zuhud yang lebih dikenali dengan nama al-Kharkushi(3).Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ menyatakan beliau sebagai al-Imam Qudwah dan Syaikh al-Islam.
Al-Kharkushi telah mengarang kitab (دلائل النبوة), kitab (التفسير), kitab (الزهد) dan lain-lain(4). Al-Hakim berkata:
“Sesungguhnya aku tidak melihat (selain al-Kharkushi) yang mengumpul padanya ilmu, zuhud, tawadhu’, menunjuk ke jalan Allah dan kepada kezuhudan di dunia, Allah menambah padanya taufik, dan menggembirakan kami dengan hari-harinya. Sesungguhnya hasil karyanya telah tersebar di kalangan muslimin”(5)
Al-Khatib pula berkata: “Al-Kharkushi adalah seorang yang thiqah, wara’ dan saleh”(6).
Dinyatakan bahawa orang-orang fakir di dalam majlisnya dilayan seperti para pemimpin. Beliau juga membuat kopiah dan menjualnya. Selain daripada itu, beliau juga membina madrasah dan rumah untuk orang sakit lalu mewakafkan keduanya dan mewakafkan sebuah peti besi yang besar berisi buku-buku.
Muhammad bin Ubaidullah al-Sarim berkata: Aku melihat al-Ustaz Abu Sa’ad al-Zahid di Musalla ketika mengimamkan solat Istisqa’, aku mendengarnya berdoa’(7):
إليك جئنا و أنت جئت بنا وليس رب سواك يغنينا
بابك رحب فناؤه كرم تؤوي إلى بابك المساكينا
Ibn ‘Asakir berkata beliau adalah seorang Asy’ari. Beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil awal pada tahun 407H.
METODOLOGI PENULISAN
Setiap penulisan buku mempunyai metodologinya yang tersendiri. Metodologi penulisan sebuah buku itu mampu memperlihatkan keistimewaan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya seorang penulis. Untuk metodologi penulisan kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, pengkaji memberikan perhatian dari sudut gaya bahasanya, keistimewaan dan kelemahannya.
(1)Gaya Bahasa
Kitab ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Ia tidak menggunakan bahasa sastera yang tinggi. Jika ada pun, ia hanya menggunakan perkataan-perkataan yang agak sukar untuk difahami. Keadaan ini dapat dilihat apabila banyak pentahqiq kitab ini seperti Abd al-Rahman al-Juzu, Yusuf al-Shaikh Muhammad, Saleh Uthman Abd al-Hamid, Samar Muhammad Dahir, dan Zuhair Syafiq al-Kabby tidak mengabaikan dalam memberikan makna atau menjelaskan maksud beberapa perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kitab ini, malah ada juga di antara mereka yang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja untuk kitab tahqiq mereka.
Di samping itu pengkaji melihat ia lebih menggunakan teknik straight to the point kepada mimpi-mimpi yang dita’birkan. Tidak ada penerangan yang lebih terperinci diberikan kepada setiap mimpi yang dita’bir. Ia hanya mengemukakan objek ataupun perkara yang dimimpikan lalu memberikan makna mimpi tersebut. Sebagai contoh, di dalam bab 1 menyatakan:
قال الأستاذ أبو سعيد رضي الله عنه : من رأى في منامه كأنه قائم بين يدى الله تعالى و الله تعالى ينظر إليه فإن كان الرائى من الصالحين فرؤياه رؤيا رحمة
Di dalam kenyataan di atas, Abu Sa’id mengatakan sesiapa yang bermimpi di dalam tidurnya seoalah-olah ia berada di hadapan tangan Allah s.w.t dan Allah s.w.t melihatnya dan jika sekiranya yang bermimpi itu adalah di kalangan orang yang saleh maka mimpinya adalah mimpi rahmat. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh didapati di dalam kitab Muntakhab tentang teknik straight to the point ini.
(2) Keistimewaan
Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam mempunyai banyak keistimewaannya. Ia bukan sekadar sebuah kitab yang memainkan peranannya untuk menta’birkan mimpi, tetapi ia juga banyak membahaskan mengenai ilmu menta’bir mimpi dari sudut syariat. Perbahasan ini seperti mana yang telah disebut oleh pengkaji di dalam pengenalan bab ini boleh didapati di dalam mukaddimah kitab dan khutbah kitabnya(8).
Manakala jika hendak dibandingkan kitab ini dengan Kitab Ta’thir al-Anam Fi Ta’bir al-Manam oleh al-Nablusi dan Kitab al-Isyarat Fi Ilmi al-‘Ibarat oleh Ibn Syahin, kitab Muntakhab lebih mempunyai keistimewaannya. Ini kerana ia sering diutarakan atau dikemukakan sebagai kitab ta’bir mimpi yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah lantaran terdapat ta’biran mimpinya yang disertai bersama ayat al-Quran atau al-hadith(9). Malah bukan itu sahaja, bahkan ianya juga sering memuatkan pendapat-pendapat yang bersanad yang menceritakan mimpi mereka serta maksud daripada mimpi tersebut.
(3) Kelemahan
Abd Rahman al-Juzu menyatakan bahawa walaupun kitab ini dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah, kebanyakan daripadanya tidak mempunyai kaitan langsung dengan apa yang dita’birkan oleh penulis kitab(10). Bahkan melalui pemerhatian pengkaji pula tidak semua ta’bir mimpi disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah, ada juga ta’bir mimpi yang kebanyakannya hanya berdasarkan daripada kata-kata penulis sahaja yang dimulakan dengan ayat ini:
(قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه)
Perkara ini boleh dikira sebagai perkara yang melemahkan penulisan kitab ini. Tambahan pula, kitab ini juga memuatkan hadith-hadith yang tidak dinyatakan hukum hadithnya.
Kitab ini juga sering membahaskan mengenai perkara yang sama secara berulang-ulang di dalam bab yang berbeza. Ia juga tidak mempunyai penditilan untuk setiap bab yang dikemukakan. Manakala tajuk babnya diletakkan dengan tajuk yang panjang agar setiap inci perkara yang dibahaskan dimuatkan di dalam tajuk-tajuknya.
Dari segi susun aturnya pula, sepertimana kitab-kitab lama yang lain, ia tidak mempunyai perenggan, tanda koma dan noktah.
KESIMPULAN
Melalui perbahasan tadi, dapat dikenalpasti bahawa kitab ini bukanlah hasil karya Ibn Sirin. Hakikatnya ia merupakan sebuah penulisan atau himpunan yang diusahakan oleh al-Kharkushi. Pengkaji berpendapat bahawa perkara ini perlu diambil perhatian oleh setiap penterjemah, pentahqiq dan penyusun kitab muntakhab agar kesilapan ini dapat dijelaskan di dalam hasil kerja mereka sebagai maklumat kepada pembaca kitab ta’bir mimpi yang popular ini.
Keistimewaan kitab ini dilihat dari sudut isinya yang dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith. Kitab ini juga dianggap istimewa kerana ia bukanlah kitab ta’bir mimpi semata tetapi ia turut memuatkan perbahasan yang amat menarik berkenaan ilmu ta’bir mimpi dari sudut syariat. Namun begitu, ia juga tidak lari dari kelemahan-kelemahan (sepertimana yang telah dinyatakan pada perbahasan di atas) sebagai sebuah kitab tua yang dihasilkan beribu tahun dahulu.
_____________________________
(1) Al-Juzu, Abd Al-Rahman, Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, Dar Maktabah al-Hayah, Beirut, 1995, hlm 20-21.
(2) Ibid, hlm 22.
(3) Kharkushi merupakan sebuah nama jalan yang terdapat di bandar Naisabur.
(4) Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad, Siyar A'lam al-Nubala’, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1990, Juz 17, hlm 162.
(5) Ibid.
(6) Ibid.
(7) Ibid.
(8) Rujuk pada bahagian Pengenalan.
(9) Ayat-ayat al-Quran lebih banyak dimuatkan jika dibandingkan dengan al-Hadith.
(10) Al-Juzu, hlm 21.
Nota:
Artikel ini merupakan salah satu bab yang terkandung di dalam Latihan Ilmiah (tesis) penulis bertajuk 'Kajian Hadith Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam Yang Dinisbahkan Kepada Muhammad Ibn Sirin’. Ianya telah disemak oleh Dr Azwira Abd Aziz, pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah yang bertindak selaku penyelia penulis dalam menghasilkan kajian ini. Semoga maklumat yang terdapat di dalam artikel ini, sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua. Sekian Wallahua’lam.
Label: Wadah Ilmu
Selasa, 15 Julai 2008
Bila Lelaki 'Malu'...
Perbualan saya dengan seorang teman di dalam bas ketika pulang dari kelas tutorial telah mencetuskan satu idea untuk saya coretkan di atas kertas ini. Perbualan itu adalah berkenaan teguran seorang pensyarah. Tentang teguran itulah sebenarnya yang saya nak kaitkan dengan tajuk diatas.
‘Bila lelaki ‘malu’…., mmm malu mengenai apa pula ni,ya?. Ini bukan malu nak mengorat perempuan, bukan juga malu nak berbual dengan perempuan, apatah lagi malu nak menyuarakan hasrat hati tapi ini adalah apabila lelaki malu NAK DUDUK DEPAN DALAM DEWAN KULIAH!!!
Hah! Jangan marah, pada kaum lelaki yang membaca penulisan ini. Yang penting saya nak tegaskan disini, tidak semua lelaki mempunyai sikap yang sedemikian. Jadi, kalau lelaki yang tidak mengaku diri mereka segan nak duduk depan, janganlah nak marah-marah pula. Kalau nak marah, biar pada yang hak!Kalau nak marah, biar marah pada orang yang membuat kemungkaran, bukan orang yang menegur kesilapan. Baru cantik keperibadian!
Fenomena siswa suka duduk di belakang bukanlah satu fenomena asing (Itu jugalah yang terjadi di Fakulti Pengajian Islam, pahadal semua ustaz-ustaz (siswa-siswa) tahu kedudukan lelaki dan perempuan). Masuklah ke dewan kuliah manapun, pasti siswi yang memenuhi barisan hadapan. Betulkah siswa tidak diberi peluang? Benarkah siswi selalu menjadi penghalang?!
Betul atau tidak, bukan persoalannya. Persoalannya, kenapa siswa sendiri yang tidak mahu merebut peluang? Mengapa siswa sendiri tidak mahu menjalankan apa yang telah ditunjukkan dalam sunnah? Kalau nak kejar anak gadis orang, amboi bukan main lagi, selalunya tak nak kalah, mesti nak dia yang dulu, bimbang melepas..tapi kalau nak rebut kerusi dihadapan, mmm rela tunggu pensyarah datang, dapat duduk belakang pun tidak mengapa. Bagi alasan, “Saya malulah..perempuan ramai!” Alasan semata! Jangan sampai siswi su’ zhan (berburuk sangka) pula pada siswa, nanti dilabelkan sebagai orang yang bukan dengar kuliah, tapi duduk di belakang sengaja nak cuci mata!.
Tidak salah jika saya berpandangan, seANDAInya siswi dibenarkan menjadi imam, Saya rasa siswi jugalah yang berada dihadapan dan siswi juga yang imamkan solat, lantaran siswa malu nak menjadi orang depan, siswa malu nak memperlihatkan mereka yang seharusnya berada dihadapan!. (Tapi jangan salah faham, apa yang saya nyatakan ini, tidak ada kena-mengena dengan Aminah Wadud. Ini hanya pandangan sekiranya berlaku sedemikian)
Mungkin siswa lupa. Mereka lupa pada semangat perjuangan para sahabat. Mereka lupa pada tertib dalam solat. Siapakah yang dihadapan dan siapakah yang seringkali menjadi penyelamat agama dan pejuang di medan perang jika bukan manusia bergelar lelaki. Mungkin mereka juga lupa firman Allah s.w.t الرجال قوامون على النساء, mereka lupa mengapa harta warisan diberikan lebih kepada kaum lelaki, siapa yang menjadi wali, talak itu ditangan siapa, siapa yang menjadi tok kadi, siapa pula pemimpin dalam keluarga? Sudah tentu jawapannya ialah LELAKI.
Tetapi jika disaat sedang menjadi mahasiswa ini mereka memperlekehkan peranan kepimpinan yang diberikan oleh Allah kepada mereka, nampaknya mereka sendiri memperlihatkan pada kaum wanita bahawa mereka itu lemah (sebenarnya mereka tidak). Bukankah sikap sedemikian mendatangkan tanggapan negatif siswi terhadap siswa, lebih-lebih lagi jika siswa itu berpengajian Islam? Jangan marah jika saya nyatakan bahawa sikap itu juga mengurangkan kredibiliti dan karisma seorang pelajar muslim yang cemerlang. Kerana apa? Kerana kita takut untuk tampil kehadapan diatas sebab yang kurang munasabahnya!.
Maka, duduklah dibarisan hadapan wahai siswa muslimin. Perlihatkanlah, bahawa dirimu tahu akan tunjuk ajar Rasulullah, dirimu mewarisi semangat perjuangan para sahabat, dirimu mampu dijadikan contoh bagi siswi muslimat sebagai hamba Allah pengegak syariat, jagalah pandangan matamu kerana bimbang kita tersilap pandang dan kerana tersilap pandang itu membenihkan zina hati, dan apabila terbitnya zina hati ia mampu menjadi penghalang masuknya ilmu kurniaan Ilahi.
Jangan salahkan siswi muslimah jika mereka tersilap tingkah. Fikirkanlah jika tidak kerana lelaki yang kurang memberikan contoh, maka wanita akan menjadi lebih kurang terkawal, jika tidak kerana lelaki yang kurang menjaga adab pergaulan dengan wanita, maka mereka juga kurang mengerti bagaimana untuk meletakkan sifat malu dihadapan, dan jika lelaki tidak mahu duduk dihadapan, maka jangan marah jika muslimah lebih terkehadapan daripada lelaki.
Fahamilah bahawa kata-kata saya bukan ingin menyakiti hati, tetapi kata-kata saya cuma ingin membantu muslimin agar sedari peranan diri demi Islam yang dicintai. Wallahua’lam.
(Penulisan ini telah dimuatkan di dalam blog Umairah-sh bertarikh 1 september 2007)
Isnin, 14 Julai 2008
Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Wallahu'alam
Isnin, 7 Julai 2008
Al-Sunnah Dalam Menghadapi Kesenangan Dan Kesusahan
بسم الله الرحمن الرحيم
1- Tujuan manusia dicipta ialah untuk beribadah.
Maksudnya: DAN TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA KECUALI SUPAYA MEREKA MENYEMBAHKU / BERIBADAT KEPADAKU. (al-Dhariyat 51/56)
2- Dalam erti kata lain manusia dicipta ialah untuk: diuji siapakah yang lebih baik amalannya.
Maksudnya: YANG MENJADIKAN MATI DAN HIDUP,SUPAYA DIA MENGUJI KAMU, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG LEBIH BAIK AMALNYA. DAN DIA MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN. (al-Mulk 67/2)
3- Melafazkan keimanan tidak cukup, sebaliknya manusia akan diuji untuk: dibezakan
antara yang benar dan bohong.
Maksudnya: ALIF LAAM MIIM. APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA APABILA MENGATAKAN 'KAMI TELAH BERIMAN' SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI LAGI? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI8 ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BENAR DAN SESUNGGUHNYA DIA MENGATAHUI ORANG-ORANG YANG DUSTA. (al-'Ankabut 29/1-3)
4- Ujian merangkumi kebaikan dan keburukan.
Maksudnya: TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAKAN MATI. KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN KEBURUKAN DAN KEBAIKAN SEBAGAI CUBAAN YANG SEBENAR-BENARNYA. DAN HANYA KEPADA KAMILAH KAMU DIKEMBALIKAN. (Al-Anbiyaa 2l/35)
5- Di dalam menghadapi kebaikan;
a- Manusia diperintahkan supaya bersyukur.
Maksudnya: BERKATALAH SEORANG YANG MEMPUNYAI ILMU DARI AL-KITAB 'AKU AKAN MEMBAWA SINGGAHSANA ITU KEPADAMU SEBELUM MATAMU BERKEDIP.' MAKA TATKALA SULAIMAN MELIHAT SINGGAHSANA ITU TERLETAK DI HADAPANNYA, DIAPUN BERKATA 'INI TERMASUK KURNIA TUHANKU UNTUK MENGUJI AKU APAKAH AKU BERSYUKUR ATAU MENGINGKARI NIKMATNYA. DAN BARANGSIAPA YANG BERSYUKUR MAKA SESUNGGUHNYA DIA BERSYUKUR UNTUK KEBAIKAN DIRINYA DAN BARANGSIAPA YANG INGKAR MAKA SESUNGGUHNYA TUHANKU MAHA KAYA LAGI MAHA MULIA.' (al-Naml 27/40)
b- Ganjaran orang yang bersyukur dan balasan orang yang kufur.
Maksudnya: DAN INGATLAH TATKALA TUHANMU MEMAKLUMKAN 'SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR, PASTI KAMI AKAN MENAMBAH NIKMAT KEPADAMU, DAN JIKA KAMU MENGINGKARI NIKMATKU, MAKA SESUNGGUHNYA AZABKU SANGAT PEDIH.' (Ibrahim 14/7)
c- Allah akan tarik nikmat mereka yang tidak bersyukur.
Maksudnya: YANG DEMIKIAN SEKSAAN ITU ADALAH KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU NIKMAT YANG TELAH DIANUGERAHKANNYA KEPADA SESUATU KAUM HINGGA KAUM ITU MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI. (al-Anfal 8/53)
d- Kesenangan tidak semestinya baik untuk manusia.
Maksudnya: JANGANLAH SEKALI-KALI ORANG-ORANG YANG BAKHIL DENGAN HARTA YANG ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA DARI KURNIANYA MENYANGKA BAHAWA KEBAKHILAN ITU BAIK BAGI MEREKA. SEBENARNYA KEBAKHILAN ITU ADALAH BURUK BAGI MEREKA. HARTA YANG MEREKA BAKHILKAN ITU AKAN DIKALUNGKAN KELAK DI LEHER MEREKA DI HARI KIAMAT. DAN KEPUNYAAN ALLAH LAH SEGALA WARISAN DI LANGIT DAN DI BUMI. DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN. (Ali 'Imran 3/180)
e- Sentiasa berdoa kepada Allah dalam kesenangan.
[ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُوْ بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيْعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِيْ الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا.] قَالُوْا إِذاً نُكْثِرُ. قال [اَللهُ أَكْثِرُ.] أحمد 11149.
Maksudnya: Tidak seorangpun muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya.
6- Di dalam menghadapi keburukan;
a- Manusia diperintahkan supaya bersabar.
maksudnya: HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSABARLAH KAMU DAN KUATKANLAH KESABARANMU DAN TETAPLAH BERSIAP SIAGA (DI PERBATASAN NEGERIMU) DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERUNTUNG. (Ali 'Imran 3/200)
* Sabar merangkumi tiga perkara:
1- Sabar dalam melakukan amal ibadat (dalam kesenangan dan kesusahan).
Maksudnya: TUHAN YANG MENGUASAI LANGIT DAN BUMI DAN APA-APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA, MAKA SEMBAHLAH DIA DAN BERTEGUH HATILAH DALAM BERIBADAT KEPADANYA. APAKAH KAMU MENGETAHUI ADA SEORANG YANG SAMA DENGAN DIA YANG PATUT DISEMBAH? (Maryam 19/65)
2- Sabar dalam meninggalkan maksiat (dalam kesenangan dan kesusahan).
Maksudnya: DAN BERSABARLAH KAMU BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG MENYERU TUHANNYA DI PAGI DAN SENJA DENGAN MENGHARAP KEREDHAANNYA, DAN JANGANLAH KEDUA MATAMU BERPALING DARI MEREKA KERANA MENGHARAPKAN PERHIASAN KEHIDUPAN DUNIA INI, DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUTI ORANG YANG HATINYA TELAH KAMI LALAIKAN DARI MENGINGATI KAMI, SERTA MENURUTI HAWA NAFSUNYA DAN ADALAH KEADAANNYA ITU MELAMPAUI BATAS. (Al-Kahf 18/28)
3- Sabar dalam menghadapi musibah (dalam kesusahan).
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْنِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَخَلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ مَنْ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ ثُمَّ عَزَمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِي فَقُلْتُهَا اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا قَالَتْ فَتَزَوَّجْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. أحمد ك باقي مسند الأنصار ب مسند أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم 25417.
Maksudnya: Daripada Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. katanya; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda "Tiada seorang hamba pun yang ditimpa musibah lalu berkata 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya' kecuali Allah akan memberi pahala kepadanya dan menggantikannya sesuatu yang lebih baik." Kata Ummu Salamah; Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata; Siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah akan tetapi aku menyebutnya 'Ya Allah berilah pahala padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik darinya'. Kemudian aku berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
b- Bersabar mestilah di awal musibah.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ تَبْكِي عِنْدَ قَبْرٍ فَقَالَ اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي قَالَتْ إِلَيْكَ عَنِّي فَإِنَّكَ لَمْ تُصَبْ بِمُصِيبَتِي وَلَمْ تَعْرِفْهُ فَقِيلَ لَهَا إِنَّهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَتْ بَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدَهُ بَوَّابِينَ فَقَالَتْ لَمْ أَعْرِفْكَ فَقَالَ إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى. البخاري ك الجمازة ب زيارة القبور 1203.
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a. katanya Nabi telah melewati seorang wanita yang menangis di sisi satu kubur lalu Baginda berkata "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah." Jawab wanita itu "Pergilah, engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini." Beliau tidak mengetahui bahawa itu ialah Rasululla. Kemudian ada orang berkata kepada wanita itu "Itu ialah Nabi s.a.w." Wanita itu pun bergegas menuju ke pintu rumah Nabi yang didapatinya tidak dijaga oleh sesiapa. Kemudian beliau berkata "Aku tidak mengenal kamu." Baginda bersabda "Sesungguhnya sabar itu adalah pada hentaman pertama."
c- Kesusahan tidak semestinya buruk untuk manusia.
Maksudnya: DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPERANG, PADAHAL BERPERANG ITU ADALAH SESUATU YANG KAMU BENCI.. BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU; ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI. (al-Baqarah 2/216)
d- Sentiasa berdoa kepada Allah dalam kesusahan.
Maksudnya: ATAU SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG DALAM KESULITAN APABILA DIA BERDOA KEPADANYA, DAN YANG MENGHILANGKAN KESUSAHAN DAN YANG MENJADIKAN KAMU MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI? ADAKAH DI SAMPING ALLAH ADA TUHAN LAIN? AMAT SEDIKITLAH KAMU MENGINGATINYA. (al-Naml 27/62)
Kesimpulan:
1- Manusia bersifat keluh kesah / kikir.
Maksudnya: SESUNGGUHNYA MANUSIA DICIPTA BERSIFAT KELUH KESAH LAGI KIKIR. APABILA IA DITIMPA KESUSAHAN IA BERKELUH KESAH, DAN APABILA IA MENDAPAT KEBAIKAN IA AMAT KIKIR, KECUALI ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SOLAT, 1YANG MANA MEREKA ITU TETAP MENGERJAKAN SOLATNYA, DAN 2ORANG-ORANG YANG DALAM HARTANYA TERSEDIA BAHAGIAN TERTENTU, BAGI ORANG MISKIN YANG MEMINTA DAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI APA-APA YANG TIDAK MAHU MEMINTA, DAN 3ORANG-ORANG YANG MEMPERCAYAI HARI PEMBALASAN, DAN 4ORANG-ORANG YANG TAKUT TERHADAP AZAB TUHANNYA, KERANA SESUNGGUHNYA AZAB TUHAN MEREKA TIDAK DAPAT ORANG MERASA AMAN DARI KEDATANGANNYA, DAN 5ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA KEMALUANNYA, KECUALI TERHADAP ISTERI-ISTERI MEREKA ATAU HAMBA-HAMABA YANG MEREKA MILIKI; MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA DALAM HAL INI TIADA TERCELA.. BARANG SIAPA YANG MENCARI YANG DISEBALIK ITU MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS. DAN 6ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA AMANAH-AMANAH DAN JANJI MEREKA. DAN 7ORANG-ORANG YANG MEMBERIKAN KESAKSIAN. DAN 8ORANG-ORANG YANG MEMELIHARA SOLATNYA. MEREKA ITULAH DI SYURGA LAGI DIMULIAKAN. (al-Ma'arij 700/19-35)
2- Kesenangan dan kesusahan adalah baik untuk mukmin.
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
مسلم ك الزهد والرقائق ب المؤمن أمره كله خير 5318.
Maksudnya: Daripada Shuhaib katanya; Rasulullah s.a.w. telah berkata "Amat ajaib keadaan seorang mukmin, sesungguhnya semua keadaannya adalah baik belaka. Ini tidak berlaku kecuali kepada seorang mukmin. Sekiranya dia dikurniakan kesenangan dia akan bersyukur dan ini baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan pula dia akan bersabar dan ini juga baik untuknya.'
2- Kekuatan ibtila' bergantung kepada kekuatan iman dan berdasarkan kepada tindakan yang dilakukan.
عَنْ سَعْدٍ بن أبي وقاص قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ. الترمذي ك الزهد ب ما جاء في الصبر على البلاء 2322.
Maksudnya: Daripada Sa'd bin Abi Waqqas katanya; Aku telah berkata kepada 'Wahai Rasulullah siapakah di kalangan manusia yang paling teruk cubaannya?' Jawab Baginda "Para nabi kemudian yang kuat kemudian yang seterusnya. Seseorang lelaki itu diuji mengikut tahap keagamaannya. Sekiranya keagamaannya kuat maka kuatlah cubaannya. Sekiranya keagamaannya nipis maka dia diuji mengikut tahap keagamaannya. Ujian itu akan mengiringi seseorang hamba sehinggalah dia dibiarkan berjalan di atas muka bumi tanpa sebarang dosa."
Sabda Rasulullah s.a.w.:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ. الترمذي ك الزهد ب ما جاء في الصبر على البلاء 2320. صحيح- صحيح الجامع 992.
Maksudnya: Sesungguhnya ketinggian itu setimpal dengan kekuatan ujian. Sesungguhnya Allah, sekiranya Dia cinta kepada sesuatu kaum Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha akan mendapat keredhaan dan sesiapa yang marah akan mendapat kemurkaan.
Doa penutup majlis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ ذَلِكَ. الترمذي ك الدعوات ب ما يقول إذا قام من المجلس 3355.
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda [ Sesiapa yang duduk dalam satu majlis lalu banyak bercakap kosong kemudian dia berkata sebelum bangun dari majlis itu "Maha suci Engkau wahai Tuhanku dan segala puji bagiMu, aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau, aku memohon pengampunanMu dan aku bertaubat kepadaMu," kecuali akan diampunkan kesilapannya dalam majlis itu.]
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
Ahad, 6 Julai 2008
Selasa, 17 Jun 2008
MATI
KEHEBATAN MATI
Peristiwa mati
Sesuatu yang ngeri
Menggerunkan dan meremangkan bulu roma
Benci menyebutnya pada sesetengah manusia
Hiburan pada sesetengah yang lain pula
Mati menggerunkan dan mengerikan
Perpisahan dengan alam fana
Buat selama-lamanya
Berhadapan dengan alam yang abadi
Gerun sungguh kematian itu
Isteri akan menjadi balu
Suami menjadi duda
Ibu ayah kehilangan cahaya mata
Anak jadi yatim piatu
Mertua kehilangan menantu
Menantu kehilangan mertua
Rakan kehilangan sahabat
Murid kehilangan guru
Rakyat kehilangan pemimpin…
Khamis, 12 Jun 2008
Warkah Kasih Untuk Adik Muslimahku
Bismillah...
Mungkin ada yang pernah membaca warkah ini di Fakulti Pengajian Islam. Apapun...rasanya tidak salah...untuk saya terus berkongsi dengan adik semua terutamanya adik-adik muslimah saya. Moga ianya mampu menjadi renungan untuk kita sentiasa memuhasabah diri dalam mendidik diri menjadi muslimah mukminah yang bertaqwa. Wallahu'alam.
****************************
Salam kasih,
salam penuh kemesraan dan salam penuh mahabbah Islamiah,
ku hadiahkan buat adik-adik yang kukasihi
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Semoga kita semua berada di dalam rahmah dan Inayah Allah s.w.t menjadi hamba-Nya yang merasai kemanisan beribadah di setiap ketika dan waktu, menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dimana sahaja dan dalam apa jua keadaan.Allahumma Amin.
Adik, pertama sekali ku ucapkan alfu syukran diatas kesudianmu menatap warkah ini begitu juga diatas kesudianmu meluangkan masa yang ku kira amat berharga untuk dihabiskan semata-mata ingin membaca bait kata yang kusuratkan sekaligus memahami apa yang cuba kusiratkan.
Adik, pernahkah kau menerima kata-kata ini dari ku?
Di dalam hati ini ada selautan kasih untuk mu
Dari kasih ini kubentuk sebuah harapan
Ku hiasi ia dengan persahabatan
Untuk melihatmu sebagai pejuang Islam
Jika inilah pertama kali, anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dariku. Andai ini sudah banyak kali kau terima, anggaplah ia sebagai hadiah tanda ingatanku dan kasih yang tiada taranya. Kasih atas nama ISLAM.
Ketahuilah adikku yang kukasihi, dirimu mendapat tempat yang istimewa di dalam hati ini. Oleh kerana keistimewaan itulah, aku seringkali berasa bertanggungjawab untuk mendidikmu menjadi muslimah solehah penuh mujahadah. Namun aku mengaku, diri ini sendiri masih lagi bertatih untuk menjadi seorang muslimah mujahidah, diri ini masih lagi mentarbiah diri sendiri untuk menjadi hamba Tuhan penuh redha dan taqwa. Sungguhpun begitu, kerana kasih ku yang selautan dalamnya, aku tidak mahu bersendirian mencapai rahmat Allah, aku tidak mahu tamak dan meninggalkanmu sendirian dalam mengenali hakikat dirimu sebagai seorang muslimah. Lalu aku biarkan kehadiranku dalam hidupmu dan menjadikan diri ini sebagai seorang insan yang kau tidak akan lupakan hingga ke hujung usiamu dan tidak pula kau lupakan bila kita berada diakhirat sana. Bukankah itu yang dinamakan ukhwah fillah? Ikatan ukhwah kerana Allah ..bertemu berpisah kerana agamaNya
Adikku, dalam hati katanya ada cinta. Aku mengerti malah memahami dirimu ingin dikasihi, dirimu jua ingin mengasihi. Itulah lumrah yang Allah s.w.t ciptakan untuk diri kita yang bernama wanita. Terasa dilindungi bila ada lelaki, terasa dihargai dan berharga bila diri dimiliki. Yang pahit menjadi manis, yang hempedu menjadi madu.Aku tidak pernah menafikan kenyataan itu, adikku.
Namun, kau perlu ketahui, kasih kita ada caranya. Jangan menghalalkan yang haram. Ingatlah pesanan selalu kuucapkan padamu bahawa cinta yang halal adalah cinta selepas perkahwinan. Cinta sebelum perkahwinan banyak dihiasi dengan tipuan syaitan malah banyak di baluti dengan pujuk dan rayuan yang dihasilkan dari bisikan syaitan. Jangan jadi mangsa syaitan, adikku. Ingatkan dirimu bahawa di dalam al-Quran syaitan pernah berjanji kepada Allah dengan katanya :
"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)” (Al-Quran, al-A’raf: 16-17)
Peliharalah dirimu. Sejarah telah membuktikan bahawa syaitan tidak pernah memungkiri janjinya malah terus berusaha hingga ke hari kiamat untuk menyesatkan dan menghumbankan anak-anak Adam agar bersama-sama dengannya di dalam neraka. Maka Ittaqillah! Ittaqillah! Ittaqillah! (Takutlah kepada Allah) Sedarilah, diri kita yang Allah jadikan dengan penuh keindahan dan kemuliaan mampu menjadi fitnah. Jangan sekali kau jadikan dirimu sebagai pelemah iman lelaki. Jangan sekali mencampakkan dirimu dalam cinta dengan lelaki ajnabi. Usah biarkan zina hati itu meraja dijiwa mu. Kelak dirimu akan sakit. Sakit ditimpa penyakit cinta yang tidak diredhai Allah. Maka jadikanlah dirimu mawar berduri yang hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dipegang dan dihidu bau harumnya. Duri itu umpama batasan syariat yang kau pegang utuh sebagai panduan hidup, manakala keharumanmu adalah tanda bahawa dirimu wanita solehah mujahidah yang berjuang menegakkan agama Allah.
Berjuanglah dalam mengejar ilmu dan menyebarkan agama Islam dan berjuanglah jua dalam menegakkan hukum tuhan. Usah bermatian dalam memperjuangkan dan mempertahankan cinta. Usah pula kau renangi lautan api kerana cinta. Aku tidak mahu melihatmu kecewa dengan cinta yang tidak pasti. Katakan dengan tegas pada dirimu: “Cintaku hanya kuberikan pada lelaki yang bernama suami dalam hidupku. Dia adalah lelaki yang takutkan Allah, yang tidak mahu mencampakkan dirinya ke lurah fitnah apatahlagi melibatkan pada dirinya dalam kemaksiatan walau sekecil zarah! Lelaki itulah bakal menjadi suamiku dan menjadi bapa kepada zuriatku yang akan mendidik mereka dan diriku menjadi hamba Allah yang takut pada-Nya!”
Tetapi apabila aku amati dan menoleh di kiri dan kananku, aku sedih sekali adikku. Fenomena disekelilingku dan sekeliling kita ini sudah tidak mempedulikan cinta halal. Fenomena disekeliling kita hanya mementingkan keterbukaan akal dan fikiran tanpa sedikitpun menimbangkan dengan iman dan syariat tuhan. Sedangkan ramai diantara mereka itu adalah akhawat seIslamku. Jiwa ini lebih sakit malah jiwa ini lebih pedih apabila kita anak-anak berpendidikan madrasah dan berpengajian Islam sendiri masih memperlekehkan semua ini. Di manakah kita sebenarnya adik-adikku? Apakah ilmu yang kita pelajari selama ini seperti buih dilautan? Adakah kalam Allah dan sabda Rasul yang sering kita hafal dan lafazkan itu hanya sekadar hiasan dalam diri kita?Atau semua itu hanya sekadar untuk menguatkan hujjah kita ketika berdebat atau hanya sebagai menyokong penulisan kita ketika mengeluarkan pendapat? mmm… Tepuk-tepuklah dada kita, tanya-tanyalah iman kita.
Adikku, sahabat akhawat fillah ku, Allah berfirman “Wa Zakkir innaz Zikraa Tanfaul Mu’minin” (al-Quran, al-Zariyat: 55) Dengan penuh rasa rendah dirinya aku ingin mengingatkan mu dan tidak terkecuali juga diri ini, bahawa jangan lupa yang diri kita adalah muslimah-muslimah yang mengetahui hukum Allah. Dirimu mengetahui batassan lelaki dan wanita, dirimu mengetahui bagaimana sebenarnya Islam menetapkan mu'amalah diantara lelaki dan wanita, malah dirimu juga mengetahui cinta yang bagaimana dibolehkan dalam Islam.
Sedarlah bahawa dirimu adalah generasi harapan ummah. Dirimu diharapkan untuk mendidik anak-anak Islam kita agar menjadi anak-anak Islam yang bukan sahaja mengaku diri mereka sebagai muslim dan mempraktikkan ibadah tetapi tugas yang paling besar adalah untuk mendidik mereka agar menjadi anak-anak Islam yang berusaha menyemai taqwa dalam diri. Namun, jika diri kita sendiri yang bakal mendidik anak-anak Islam kita tidak dapat membezakan yang mana halal dan mana haram dalam mengemudi naluri dan perasaan, bagaimakah kita boleh menjadi contoh kepada anak didik kita? Bimbang-bimbang kita menjadi insan yang mendidik dengan niat mengisi duit di saku kita dan bimbang-bimbang juga kita menjadi da'ie yang cakap tidak serupa bikin. Jangan lupa firman Allah yang bermaksud: “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (al-Quran, al-Shaffat:3) Adakah kita rela menjadi hamba Allah yang dibenci oleh Nya? Adakah kita rela menjadi muslimah yang memperlekehkan hukum Tuhan?Na'uzubillah!
Adikku, ku akhiri warkah kasihku ini dengan jutaan maaf, andai kata-kataku menyinggung perasaanmu. Sungguh, itu bukan niatku. Kita sama-sama insan bergelar muslimah yang tidak sempurna. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Segalanya adalah atas dasar kasihku yang selautan dalamnya padamu dan juga atas dasar kasihku kepada adik-adik muslimahku yang tiada taranya, lalu aku berpegang dengan kalam Allah s.w.t yang indah:
"وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر"
Maksudnya: “nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” (al-Quran,al-Asr:3)
Itulah orang-orang yang tidak rugi. Semoga kita sama-sama sentiasa berpesan-pesan diantara satu sama lain dalam usaha untuk mendidik diri menjadi muslimah solehah mujahidah di jalan Allah s.w.t. Sekian.
Bicara kasih dari kakakmu:
Umairah-Sh
Kolej Ungku Omar, 8U 202.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1 Januari 2008
Label: Bicara kasih